Fenat.
Tuesday, December 18, 2007
Kelmarin lepas awal-awal lagi aku da bangun. Sebelum subuh. Gile awal. Kunci jam pukul 5:30 am. Lepastu terlajak tido 15 minit. Haha. Biasela tu. Normal. Lepastu pulak sempat lagi termenong kat tepi katel, adela dalam 5 minit. Naseb baek mak aku belom bangun lagik. Kalo tak memang dah kena ceramah pagi-pagi tu dengan mak. Sebab malam semalam mak aku dah bagi amaran kena siap awal nak pegi buat medical check-up. Kalo tak kena tinggal. Lagi,kalo tak setel sume jangan balek umah. Macam macam ugutan mak terngiang2 kat kepale aku. Dahla sejok pagi2 tu. Menggigil satu badan ni. Tapi sebab mak punye pasal aku pon bangun awal pagi. Anak mithali katekan. (ceh,terpuji sdn bhd pulok). Mase tengah lipat selimut tu aku dengar bunyik suis kipas ditutup. Sah,mak aku dah bangun. Teruss lari langkah seribu pegi bilik sebelah. Cepat-cepat iron baju. Kononnye tunjok rajen. konon je.. Bila mak nak kejut aku, tengok aku takde. Bukak je pintu bilik dida, aku tengah meng’iron’. Pandang mak aku dengan kening terangkat sebelah. Seolah-olah bagi maksod aku bangun lagi awal dari mak. Hehe. Anak sapala ni. haih.

Lepas siap2, dalam pukul 7 gerak pegi rumah Elin si membe aku. Dia teman aku pegi hospital. Mulenya nak naek bas, Tapi hujan tibe-tibe jadi lebat. Lebat betol. Betol punye lebat. Las2,tumpang kete pak hassan. Sampai je spital tengok ramai tol yang memerlukan bantuan segera. Majoriti sume demam. Aku taw sebab aku cek muke sorang2. huhuhu. Kendian,terus pegi kaunter pendaftaran. Aku tanye…


“Erm,kak..saye ni nak wat medikel cekap”
“medikel cekap? Erm, dek kalo nak wat medikel cekap kene wat appoinment dulu. 24/12 ni. ”
“ha? Aik? Apsal lak? Salu membe saye wat xde kene wat appoinment pon? Boleh x wat harini sbb saye nak rejiste kolej senin depan. Ala kak. Tolongla,xde mase da ni. plis2. ”
“Erm,kalo mcmtu adek kenela eh wat pmbayaran dulu kat pejabat kesihatan kat atas sane. Lepastu baru bole wat medikel cekap”
“uii,kat atas tu?. Emm,okla. Tq kak”



Ngeee. Bengang. Membe aku pon pelik. Tibe-tibe je kena wat appoinment. Mungken dah undang2 camtu kot. Pandang luar, hujan x berenti-renti lagi. Kitorang lari meredah hujan. Sejok. Payung lak malas nak bawak. Haha. Nilah padahnye kalo degil. Padanmuke kami. Tapi xpe, bukan selalu dapat maen hujan. Kan? Kan? Lepas buat pembayaran 30 hengget termasok x-ray, lari balek meredah hujan. Pagi tu keje kitorang maen lari-lari je. Tunjuk resit pembayaran kat akak kaunter tu, dia suruh pegi bilik 7, pegi cek tekanan darah,berat,tinggi,mata. Lame tuu kena tunggu. Sejam lebeh dok atas kosi keras. Sambil borak2 jap ngan makcik mane tah. Kemudian lak pegi wat urine test. Pas buat urine test tu aku duduk jap susun duet. Ade sorang kakak nurse ni panggel name aku. Aku pegi kat dia, dia suruh hulur tangan kat dia. Aku pon hulurlah. Dia nak bagi duet kot. Hahak. Dia tanye…


“taw x darah adek jenis ape?”
“ha? Alamak. X, xtaw.” (aku da cuak jap)



Aku tengok akak nurse tu keluarkan alat yang cek darah. Ah sudahhh. Aku panik. Gabra. Tangan menggigil. Bukan sejok. Tapi takot. Tak pernah cek darah gune bendealah yang menakotkan tu.


“dek,jgn menggigil. Jgn keraskan tgn. Lembutkan. Rilek2 je.” (nurse tu ketawe)
“hu..ok2. kak,saket x?”
“xdela. Sikit je.” (cis,nurse pon jht gak)



Mase bendealah tu nak cucuk jari tengah aku ,aku pandang tepi. X sanggop tengok. Jantung dup dap dup dap. Lepas ujian darah tu aku rase.. hekeleh, x saket langsong pon. Cam kena gigit semut je. Memalukan je panik depan nurse tadi. Cis.cis. Membe aku tanye saket ke? Aku buat2 muke tahan saket. Hahak. Saje takotkan dia. Darah aku jenis O. Oooooooooooooooooooooo, baru taw. Hehe..


Dalam pukul 10 lebeh, pegi pulak hospital baru. Buat x-ray. Dari hospital lama nak ke hospital baru. Aiyak! Gile jaoh nak menapak. Fenat. Fuh.fuh. Hujan da mula turun sket2. Renyai. Sesampai je kat tempat x-ray kitorang terus duduk. Padahal tak perasan depan mata ade 2 orang doktor tengah memerhatikan kitorang. Kitorang cakap kuat2, gelak2 sume. Pastu membe aku terperasan doktor2 tu. Si Elin tunjuk isyarat diam, aku blur2 sket. Pastu pandang je kiri 2 doktor tu tengah pandang. Sorang laki,sorang pempuan. Apelagi,terduduk terus aku. malu.malu. Doktor tu panggil kitorang. Aku buat2 cek beg. Kendian buat selambe pegi kat doktor tu. Aku tanye..


“dokte, saye nak wat x-ray”
“emm,ade borang x-ray x?”
“aik? Borang? Xde dpt pon. Dokte kat spital lame x bg pape borang pon?..”
“ade dek. Kalo nak wat x-ray kene ade borang,baru leh wat x-ray”
“tp dokte sane kate pas cek darah terus g spital baru wat x-ray. Pastu g spital lame amek no g bilik dokte lak”
“x,mmg nak kene ade borang. Adek g balek spital lame tu amek borang x-ray kat dokte sane. Pastu baru wat x-ray”
“laa. Abes dokte sane kate mcmtu? Yela, nnt saye dtg balek taw. Tq dokte”



Waduh. Gawat2. Lagi2 masalah. Dahla tadik mase nak cari bilik x-ray kitorang sesat. Huhu. Make,menapaklah kitorang ke spital lame balek. Hujan dah mule lebat. Kitorang lari lagik. Kitorang sampai kat spital lama dalam basah kuyop. Tapi boleh menten lagila. Duduk kat kosi berdekatan. Amek oksigen. Fiu~ lalu kat depan pesaket tengah syok tengok tv. Pegi balek ke kaunter. Amek nombo. Time tu baru no 18. Aku no 37. peh. Lepak kat kosi belakang. Layan cite katon. Dalam sejam baru muncol nombo 37. Masok je bilik doktor dia cek aku. Kesian,doktor pon demam. Dah sudah cek aku pon tanye..


“doktor,ade borang x-ray x? sbb dlm surat ni kate die nak laporan x-ray..”
“knp mintak kat saye? Kat saye xde borang x-ray. Awak da wat pmbyaran?”
“dah., ni resit. Tp dokte kat sane kate kene mintak kat dokte..”
“tp kat saye mmg xde borang tu. Cube mintak dkt kaunter.”
“ok2. timekaseh dokte”



Pegi kaunter balek. Mintak borang x-ray. Dah dapek borang, isi pulak butir peribadi. Menulis pon dah tak betol. Hujan maseh taknak berenti. Tengok jam dah nak dekat tengahari. Fu-yoh. Gile lame. Kitorang belari lagi merempuh hujan. Dah tak heran kalo lencun habes sekalipon sebab kitorang dah memang basah kuyop pon. Huhu. Pegi balek kat spital baru. Sesat lagi. Hampeh. Cari punye cari jumpe jugek. Lepastu pegi kat doktor pempuan tadik. Tunjok borang x-ray.. dia belek2 borang tu. Kendian, dia tanye aku..


“k.. borang dah ade. Tp mane kad kuning? Ade kan kad kuning?”
haa. Ade2. jap,ade kat c2 x?” (tercari2 kad tu lam beg)
“xde..”
aik? Td ade.. tah2 kat dokte sane x. tggu jap eh,kang kitorang dtg balek”



arghhh! Sengal betol! Kitorang belari-lari lagi ke spital lame. Punyelah leteh gaban. Dah sampai kat spital lame, lalu lagi depan pesaket. Asek2 muka kitorang. Muka kitorang asek2. Dulikla. Terus masok bilik doktor yang cek aku tadi. Sah,pembantu doktor tu lupe nak bagi aku kad kuning tu. Tensen.tensen. mimik muka nurse tu cam tak bersalah je. .


Dapat je kad kuning kitorang lari balek semula ke spital baru. Pecot habes mase tu. Serupa macam kena kejar dek anjing. Lepastu, dapat jugak buat x-ray. Lega gile. Dalam masa yang sama kitorang dapat gak simpati daripade beberape ketol manusia. Terlaksana impian mak aku nak tengok aku berjaye tak menyetelkan sume2 ni. Eleh,keje senang je tu. Hahak. Kitorang meninggalkan spital baru dengan muke seposen. Bejalan lagi slow motion. Penat ya ampunnnnnnnn. 4 jam lebeh kat spital. Gilo ah ding dong. Pastu pegi bank pulak. Dapat ekon. Hehehe... pegi pulak kedi gamba,amek gamba 8 keping. Yang besnye, dapat makan kfc. Elin lanje. Budak tu baru dapat elaun. Hihihik. Bes.bes. Lepak2 kat kfc sejam lebeh. Kebulur betol kitorang sebab pagi tu maseng2 tak brekfes. Tenage pon banyak da habes. Kendian, jalan-jalan soping soping. Balek umah dalam pukul 3.


Malam tu pulak lagi bes. Mak aku lanje mekdi wooooo. Sempena nak meraikan aku ngan dida. Dida keje, aku belajo. Wuuuu,bes. Dah 3 bulan tak melantak mekdi. Hiiiiiiihiiiiiiiiiiiiiiiiii. Gumbira. Tapi yang pasti hari tesebot betol2 memenatkan. Fenattt. Fenattt. Fenattt.


Oh ye tak ye. Lame naw aku tak menghapdet. Ramai gak komplen. Hehek. Alaa,sori geng. Bz bebenooo la. Poket pon kering. Pepahamla yek. Hee.


Udah2. aku nak pegi urot tangan. Penatla mentaep. Adeh~

jap. ni aku da hapdet ni jangan nak komplen lebeh,smackdown kang. :p
 
posted by mira_mia at 9:22 PM | Permalink


3 Comments:


At 9:44 PM, Blogger Hajar

"jap. ni aku da hapdet ni jangan nak komplen lebeh,smackdown kang. :p".

muahaha...tatakot pon :))
masih lagi panjang cm selalu.
tp biasala, mana2 jabatan kerajaan pun ade sistem cmtu sampai kita pon pening dibueknye.:D

 

At 10:54 AM, Blogger sangbogoroyo

muahahaha.kat jabatan kjaan terpilih mcm daerah k krai takder mcm tu.satu2nya! :P.Haaaachummm!Bersin plak sawang nih!

 

At 8:10 AM, Blogger JHaZ KiTaRo

alahai.. kesian gile.. huhu.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog. :)